|
|
| Friday, 16-Oct-2009 02:08 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HARI RAYA GOODIES.
|
|
As Salam,
Goodies ni ditempah oleh kelab kat pejabat. Nak bagi pada tetamu jemputan masa jamuan raya last week. Isi kat dalam mini muffins (bite size) assorted flavor. Sorry yer, gambar2 muffins nyer tak sempat nak ambik sebab busy giler masa tu. Mana taknya, nak siapkan 1500 bj muffins yang kenit2 untuk 100set goodies. Berpeluh gaks nak siapkan. Maklum laa takde pembantu. However, alhamdulillah, sempat gak siapkan dengan bantuan suami (dia tolong ikat reben jer... hu hu huu..)
Selain tu, buat kek gula hangus n kek pelangi putih telor. Maklum ler, putih telor berlambak2 dalam peti ais baki buat biskut raya hari tu.
Layan yer....
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 1-Oct-2009 00:57 |
Email | Share | | Bookmark |
|
BIRTHDAY CAKE RAYA.
|
|
Salam Lebaran,
Kek ditempah oleh salah seorang makcik saya di kampung. Untuk anak bongsunya yang menyambut hari lahir pada 1 Syawal yang lalu. Nak kek besar sket katanya sebab family ramai masa raya nanti. So, saya buatkan Choc Moist Cake 3 kg ++ deco with Buttercream. Tak ada permintaan nak design macam mana. So, saya pun deco dengan edible Barbie yg mmg masih ada dlm simpanan coz anaknya tu pun perempuan.
Alhamdulillah, semua berpuas hati dan dapat menikmati kek ni pada hari raya pertama yg baru berlalu.
|
|
|
|
|
|
| Friday, 14-Aug-2009 09:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
PINKY BARBIE CAKE.
|
|
Kek ni tempahan Pn Azila untuk anak perempuannya yang berusia 5 tahun. Kek ni belum ditulis namanya sebab kertas yang saya tulis nama birthday girl tertinggal kat pejabat daa... so sampai pejabat baru tulis nama. Gambar kek yang bertulis nama tu tak laa snap pulak.
Walau bagaimana pun, hopefully birthday girl happy dengan kek ini. Layannn...
|
|
|
|
|
|
| Monday, 10-Aug-2009 04:23 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HASFAR DELIGHTS RAYA COOKIES 2009
|
|
Hasfar Delights kini membuka tempahan untuk biskut raya 2009. Bagi pelanggan-pelanggan yang berminat, boleh membuat tempahan dengan menghantar e-mail kepada hasfar08@yahoo.com.my sebelum 20 Ogos 2009 (Khamis). Antara biskut yang ditawarkan adalah ;
BEST SELLER COOKIES 2008
Choc Chips Cookies
(contain choc chips, white choc chips, almond nibs an nestum, very nice)
RM22.00/50 - 55pcs
Choc Oats Cookies
(Eggless / no egg)
RM22.00/50 - 55pcs
NEW
Blueberry Tart
(Taste as good as Pineapple Tart 2008/full with blueberry filing)
RM 23.00 / 45 - 50pcs
Almond Chocolate Tart
(Plain Base + Almond Strips and chocolate filing)
RM 24.00/ 49pcs
Almond Chocolate Tart
(Choc base + Almond Whole and chocolate filing)
RM24.00/ 49pcs
NEW produk dijangka akan menjadi BEST SELLER bagi tahun 2009. Jangan ketinggalan!!
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 9-Aug-2009 13:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
NEW LOGO... NEW TAGLINE...
|
|
|
Hasfar Delights dengan logo n tagline terbaru. Hasil kreativiti Fadlee daripada http://fazdleeisa.wordpress.com/.
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Aug-2009 09:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KEK NO 4 - HAPPY BIRTHDAY ALIYAH
|
|
Kek No 4 ni untuk anak buah sebenarnya. Kakak saya mintak buatkan Kek No 4 dan goodies.Kebetulan tarikh lahir Aliyah sama dengan anak kedua saya Hadif. So, kelam kabut jugak nak siapkan dua2 nyer sekali. nak siapkan buah tangan untuk kenduri di kampung lagi. Pheww!! Tapi, alhamdulillah, semua siap seperti yang dirancang.
Kek No 4 ni dalamnya Choc Moist Cake. Dari sebiji kek empat segi, saya susunkan jadi no 4. Alhamdulillah, eksperimen menjadi. Kakak saya nak tema Finding Nemo. G carik kat semua kedai barang bakeri yang saya tahu, semua tak ada topper set Nemo. Pening gak nih. Tiba2 idea datang. Teringat saya ada beli acuan jeli bentuk ikan. So, apa lagi, cairkan coklat n tuang dlm acuan ikan tu. Lepas keras, saya hiaskan dengan buttercream menyerupai Nemo. Nasib baik jadik. hu hu huuu... Hiasan lain saya guna coklat juga, bentuk siput n kerang. So, inilah hasilnyaa....
Untuk goodies pula, 90 set. 1 set ada 3bj jeli (yg ni beli jer he he hee) , 1pc Monster Cookies Choc Oats dan Chocolate Lollipop. Pack in a goodie bag lengkap dengan sticker gambar birthday girl with Nemo. ENJOY!!
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Aug-2009 06:46 |
Email | Share | | Bookmark |
|
GARDEN THEME CAKE
|
|
Kek ni ditempah oleh Kak Tun. Ni kali kedua rasanya Kak Tun tempah kek dengan saya. Mesti tempah CHoc Moist Cake. Kali ni untuk anak perempuannya Nur Insyirah Wijhah. Fuhh...panjang namanya... Nak kek dengan tema bunga-bunga ala taman kata Kak Tun.
So, inilah hasilnya. Harap anaknya Nur Insyirah Wijhah happy dengan kek ni.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 5-Aug-2009 05:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
HADIF'S 2ND BIRTHDAY
|
|
As Salam,
Dah lama tak update. Gambar ada, sekarang baru ada masa sket. Entry kali ni ttg birthday anak kedua, Hadif Asyhraf Bin Muhamad Hizwan, 2 tahun pada 30 Julai 2009. Buat celebration sket kat taska. Dalam gambar tu yang sebelah baju biru tua tu si abang, Harras Azfar Bin Muhamad Hizwan, 3 tahun 7 bulan. Si abang pun sibuk gak nak potong. So, pegang sama-sama. Kawan-kawan yang lain excited sesangat. Bukan apa, excited nak cabut patung bola tu. Yang nak cabut gol pun ada. Memang havoc. Penat cikgu-cikgu melayan kanak-kanak ni. Ni first time celebrate birthday kat taska ni. Masuk sini bulan April yang lalu. Sebelum ni di taska di Shah Alam.
Selain kek, ada gak bagi goodies sket kat anak-anak di sini. Kali ni siap design sticker lagi. Another produk from Hasfar Delights untuk set goodies. Sticker Hadif gambar Upin & Ipin. Jau mata laa yer...
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 15-Jul-2009 04:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
CARROT CAKE FOR NENEK...
|
|
Tempahan from my sister in-law utk kawan di pejabat katanya. Muda lagi tp dah panggil Nenek.... hhmmm.... knp yer? mesti special orangnyakan.. apa pun layan jer laa gambar ni...actually, ada sekoq sugar catterpillar kat atas kek tu tp lupa lak nak snap. Catterpillar tu nak tumpang makan ... hu hu huu....
Hope they enjoy the cake!!
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 30-Jun-2009 16:22 |
Email | Share | | Bookmark |
|
ANNOUNCEMENT!!
|
|
PENGUMUMAN TERBARU!!
Hasfar Delights kini telah melangkah setapak lagi dengan memperkenalkan produk baru iaitu Homemade Chocolate atas jenama Hasfar Chocolate House. Blog Hasfar Chocolate House boleh dilayari di http://hasfarchochouse.blogspot.com . Sebarang tempahan dan pertanyaan berkaitan produk terbaru ini sila emailkan kepada hasfar08@yahoo.com.my. Marilah rasai kelazatan coklat keluaran Hasfar Chocolate House. Anda pasti tidak kecewa....
|
|
|
|