Roses Cupcake ni adalah yang pertama kali buat dengan deco nyer skali. Selama ni buat cupcake tak penah deco. Terus ngapp jer. Tapi kali ni sebab buat untuk sambutan Hari Guru kat taska hero ku, maka terhasil lah cupcake ni.... Tapi roses nyer banyak cacat celanya sebab baru jer belajar buat bunga rose. Kena praktis lagi agar bunga roseku lebih solid dan nampak samer jer sumer nya.
Resipi kat dalam adalah choc moist cake and buttercream. Dua-dua resepi ni adalah sumbangan sahabatku Kak Mis yang memang teror bab ni. Bagi yang berminat nak tengok hasil tangan kakak ni, boleh pergi kat naza214.fotopages.com. Mesti teruja punya laa....
Bagi yang nak resepi di atas, ni saya sertakan. Selamat mencuba n HAPPY COOKING!!
• Pukul butter + castor sugar + ovellate sehingga kembang masukkan telur satu persatu
• Masukkan tepung yang telah di ayak bersama soda bicarbonate + baking powder
berselang seli dengan paste
• Bakar 170 selepas setengah jam turunkan suhu ke 150 bergantung pada oven masing-masing
BUTTERCREAM KAK MIS
300 g Krimwell/krimlite
200 g Butter
300 g Gula pasir
100g Air
2 sudu Perahan lemon
Cara :
1.Buat air gula : Cairkan gula + Air + Perahan lemon
2.Pukul Butter + Krimwell hingga kembang
3.Masukkan air gula sikit-sikit hingga kental atau ikut kemanisan yang dikehendaki. (Air gula tidak semestinya dihabiskan)